Tuesday, January 13, 2015

Flashback FYP: Bulan pertama

Setelah 3 bulan bercuti, kembalinya aku ke kuliyyah ICT dengan semangat untuk buat yang terbaik untuk final year project.

2minggu pada bulan pertama, aku email Dr. Rizal "I think we should start the project by now" dan sir membalas.."yes come see me" dan disitu bermulah pengembaraan meeting demi meeting bersama supervisor.
Pada perjumpaan pertama aku masih ingat sir menyuruh aku dan syifa membaca tentang :-

virtualization
KVM
Xen
Virtualbox
Ovirt

dan pesanan sir sekiranya ada power computer cuba install Ovirt dalam CentOS

dan akhir sekali sebelum berpisah dari pertemuan itu kami pun bermulah sesi membuat kajian , mencari gali dan google setiap keywords yang diberi...gali punya gali tentang semua itu dan membuat perbandingan antara semua itu..Masih diingatan semakin kami membaca di alam maya semakin terasa ada lagi yang tak terfaham.
Selepas seminggu membuat cari gali, maka mulalah pertemuan kedua dengan sir, dan kali ini sir lupa kami..lupa sebab aku pun tak membuat reminder a day before meeting. Perjumpaan kali membenarkan kami access masuk ke dalam server utama. Tapi selepas perjumpaan ini aku dan Syifa terasa down! ya down! disebabkan ilmu dan kemahiran networking yang kami ada tak mencapai dan penerangan yang diberi kepada sir saat sir suruh explain kembali apa yang dibaca tak mampu untuk aku explain. Ya terasa ketika itu telah banyak membaca tapi apakan daya tak mampu untuk aku verbally explain what I understand, tapi pun begitu Sir masih tenang dan membiarkan kami mencari dan explore.
Setelah berjaya access masuk ke server utama dan laman web ovirt dan saat itulah pengembaraan bersama dunia ovirt bermula.

Semua panduan dan kaedah pemasangan dan konfigurasi di baca dengan teliti dan diikut langkah demi langkah mengikut laman dokumentasi ovirt.org .

Syifa aku fikir berani amat mencuba , dia adalah orang yang banyak mengendalikan fasa-fasa pembikinan host, data center dan cluster. Jadi aku percaya dengan kerja dia dan secara logiknya semua itu mudah jika langkah yang diikuti sama dengan yang tertulis dalam dokumentasi.


Setelah berjaya membina data center dan melahirkan kandungan ISO DOMAIN maka bermulah sesi mencipta mesin maya.

Dalam fasa ini, kerja kami tergendala selama kurang lebih 3minggu.



No comments: