Tuesday, January 13, 2015

Flashback FYP : permulaan idea

Aku berjanji untuk menulis tentang teknikal isu mengenai fyp.

Hari ini baru ada kesempatan masa (kononya) untuk mengimbau kembali perihal - perihal mengenai fyp kurang lebih sebulan yang lalu.

Idea awal

Pada mulanya aku mempunyai idea untuk membina satu applikasi yang mana bila seseorang membaca al-quran maka applikasi itu akan melayarkan sarikata daripada bahasa arab kepada makna dalam bahasa melayu atau English.
Aku berusaha dalam erti kata keyakinan 50-50 dan aku berjumpa dengan madam Suriani (pensyarah AI) aku beroleh feedback yang baik tapi mungkin aku tidak menanti dengan penuh sabar.
Aku juga bertanya beberapa orang senior mengenai idea aku ini tapi komentar mereka ini satu applikasi yang memakan masa untuk dibina tambahan lagi aku juga was-was untuk membina applikasi tersebut memandangkan kemahiran aku yang agak terhad.
Oh lupa, idea ini datang pada masa selepas aku Teraweh di masjid UIA dan semasa mendengar tazkirah dalam bahasa arab dan semestinya tak termampu untuk aku faham semuanya dan tiba-tiba Allah ilhamkan aku untuk membina applikasi seperti yang aku ceritakan di atas.


Pemulaan kepada CLOUDIIUM

Ada seorang kawan mencadangkan aku berjumpa dengan Dr.Rizal , maka aku pun dengan senang hati berjumpa dengan Dr. Rizal membincangkan tentang idea aku ini, tapi dia mengakui kelemahannya dengan bidang yang berkaitang dengan idea aku. Mungkin salah bidang aku berjumpa dengan dia apabila menceritakan tentang perihal idea aku.
Akhirnya aku mengambil keputusan mengikut idea Dr. Rizal untuk membina server maya dan menghubungkan antara server utama. Pada awalnya aku sendiri tak tahu dan terumbang-ambing dan juga kabur dalam memahami apa tujuan sebenar idea ini. Keberanian aku memang mengatasi semua kebluran aku , juga mengatasi ketidakfahaman aku sebab pada aku why not aku try? dan hasil keberanian main redah terima idea Dr. Rizal itu maka aku bersama partner terus terima dan terus hantar borang ke department menandakan persetujuan ke atas tajuk fyp jugak persetujuan pemilihan supervisor.




No comments: