Tuesday, January 13, 2015

Flashback FYP : Stuck in the moment.

Tergendala fyp selama 3 minggu buatkan semangat aku merudum, sehingga aku pernah rasa malas dan tak tahu nak buat apa.
Ini boleh dikatakan fasa pertama stuck! Di saat ini aku mula berfikir bahawa aku sememangnya sudah tidak mampu.
Setiap pagi aku bangun dari tidur dan berjoging di sekitar mahallah ameenah aku akan cuba memberi inspirasi kepada diri sendiri.

Stuck!
Apa yang tergendala ialah apabila virtual machine yang mahu dihasilkan tidak mampu dilayarkan melalui protokol spice. Applikasi spice tak berjaya dijalankan dalam sistem operasi ubuntu.
Juga aku dan syifa mencuba alternatif lain iaitu menggunakan protokol vnc namun semua vnc client yang digunakan tak mampu menjalankan virtual machine. Berjumpa dengan sir dan sir pun jua tidak ada jalan penyelesaian.

Pada ketika aku mencuba sedaya upaya semua alternatif pada saat itu ada satu usaha "lepak" yang aku ambil iaitu berjumpa dengan kawan geek IAT Daus, saja-saja aku kebuntuan idea dan sembang-sembang dengan dia dan akhirnya dia memberi cadangan untuk aku post permasalahan aku di group UI/UX laman web programming, maka sebelum sempat aku post soalan tiba-tiba ada notifikasi menandakan Daus sudahpun bertanyakan soalan bagi pihak aku.

Solution
Jadinya disini bermulalah perkenalan aku dengan freelance oVirt Malaysia iaitu En Adzmely Mansor, alhamdulillah setelah cuba consult dengan En.Adzmely melalui laman sembang fb, esoknya aku berjaya menghidupkan virtual machine Debian (vm kegemaran sir Rizal), bukan kepalang gembira yang dirasa. NIKMAT! Aku lantas mengambil picture console Debian lalu hantar ke wassap Sir Rizal. Sir gembira! "Wow impression! Need to see to believe it"
Okay selepas selesai aku menghidupkan Debian maka pada ketika itu juga aku punya masalah kedua....



No comments: