Sunday, November 30, 2014

Lama!

Setelah beberapa bulan sejak masuk semester, aku kira ini kali pertama aku menulis disini.
Sibuk? ya begitulah nampaknya , di saat-saat semester tak lama lagi akan berakhir dan Final Year Project Showcase yang akan menjelang tiba jadinya bila bukak internet banyak bacaan semua tertumpu kepada pencarian ilmu berkaitan bidang dan juga kadang-kadang terus buka ke laman Facebook mahupun Youtube.

Lama tak mencatat sesuatu disini.

Lama sangat.

dan tak ada idea mahu mencatat apa-apa.

oh mungkin akan mencatat tentang Linux Web Server Crash Course yang 2 minggu lalu aku hadiri.

Alhamdulillah dengan rezeki lebih hasil usaha mengajar tuisyen aku berkesempatan untuk menggunakan hasil wang tersebut tambah dengan wang sendiri dalam akaun makanya aku berpeluang ke Linux Web Server Crash Course untuk mencari lagi ilmu tambahan untuk memahami cara-cara install (memasang) server iaitu Red Hat Enteprise Linux.

Kelas terletak di bangi dan aku menumpang menginap di UKM bilik kakak sepupu, alhamdulillah kawan sebilik kak chik dapat hantar aku ke tempat training selama 2 hari. Alhamdulillah.

Antara isi kandungan yang aku belajar semasa kelas selama 2 hari itu ialah

- cara-cara memasang Red Hat Enteprise Linux

- mengemaskini package-package yang sedia ada

- konfigurasi networking

- cara-cara menggunakan editor vi (yg selama ini terasa gila susah nak guna tapi bila 2 hari dapat petua dari yg pakar, rasa yeah I can use it! need patience maa)

- command line untuk mengetahui nama internet card.

- nama2 assignment utk external hard disk.
cth : /sda /sdb /sdc (daripada golongan iSCSI)
      : dev /hda dev /hdb dev /hdc (daripada golongan IDE)

- jenis-jenis fail dalam Linux

seperti

/etc  >> configuration file

/home >>

/lib

/lost+found >> file crash

/mnt  >> mount

/opt >> optional software

/proc >>

/root   >> root folder

/tmp    >> semua folder user lain boleh letak dalam fail ini.

/usr   >> ini direktori terbesar dlm linux fail sistem

/var >> log file, cache data


banyak lagi yang dipelajari dan sangat cepat masa untuk 2hari tersebut. Ada 3 orang sahaja peserta dan aku seorang sahaja peserta perempuan dan aku yang paling muda dan banyak bertanya.



Alhamdulillah apa yang dipelajari menambahkan keyakinan dan kesukaan aku untuk explore banyak lagi tentang linux dan memahami lagi tentag apa yang akan aku kendalikan untuk FYP ini.


okay sekian buat masa ini.

see ya!


No comments: