Tuesday, December 23, 2014

Final Year Project : CLOUDIIUM [Part: Sentimental]

Status FB: (Sehari selepas FYP Showcase)

C
LOUDIIUM..apapun pengalaman antara kita, aku percaya ia sebuah permulaan kepada perjalanan sebenar dunia industri...dalam tidur termimpi command line itu sebahagian daripada kenangan antara kita...Aku bukan belajar tentang sebuah konsep baru tapi aku belajar membina sebuah hubungan antara manusia mahupun machine..Masih diingatan, sedaya upaya aku mencari solusi biarpun dari pelbagai sudut...Terima kasih kpd pensyarah, freelance ovirt, geek kict, open source community, senior , dan semua yg membantu...Anda tahu siapa diri anda! Buat partner tq banyak2 sbb selalu ikut rentak strategi aku dalam mencipta server maya ini!..
‪#‎opensouce‬ ‪#‎linux‬ ‪#‎ovirt‬ ‪#‎ubuntu‬ ‪#‎topimerah‬ ‪#‎centOS‬
 — feeling thankful.


Dari malam sebelum berlangsungya showcase, aku terasa sesuatu kekosongan dari sudut apa isi yang mahu aku jualkan kepada para hakim(baca: internal examiner). Aku jadi buntu ingin mencari titik selling point kerana bagi aku banyak perkara yang masih aku tidak ketahui.

Setelah dilihat semula technical report maka adalah sedikit isi yang hendak digoreng untuk showcase hari esok. Tapi sebenarnya mood untuk memberi yang terbaik entah kemana.
Alhamdulillah syukur fyp itu mampu disiapkan walaupun aku tahu masih ada kekurangan yang pastinya disebabkan kekangan masa menjadikan aku tak tersempat untuk buat.

Setelah habis presentation dan pada waktu petang dimana aku tak terpilih makanya ada juga rasa terkilan bukan sebab aku kepingin untuk menang tapi disebabkan aku tak terlayak untuk bercakap dan bertemu dengan external judge yang mana mereka ialah orang networking. Aku nak sekali mendengar pendapat mereka tentang projek ini, walaupun idea asal projek ini ialah idea Dr. RIzal tapi setelah selama 3bulan lebih aku dan syifa mengendalikannya dan selama itulah bermacam peristiwa berlaku yang menyebabkan sebahagian masa kehidupan dihabiskan untuk mencari maklumat yang berkaitan ovirt, virtualization, server dan unix operating system. Sanggup aku membuat keputusan ke training.my di Bangi menghadiri crash course Linux Web Server semata mencari peluang ilmu mengenai cara-cara memasang server dari permulaan. Alhamdulillah rezeki juga ada pada ketika itu.

Ada juga pengalaman teguran dan nasihat daripada senior yang buatkan aku "down" seketika dimana aku stuck selama 3minggu, lalu meminta nasihat tapi nasihat yang buatkan hati terasa "stateless" motion. Mahu menangis atau tidak seperti tak kena.

Ada juga pengalaman teguran daripada yang lebih berusia dan matang pengalaman mengendalikan Ovirt yang menegur aku supaya tidak menghantar mesej tatkala diawal pagi. Sebenarnya aku mengalami permasalahan internet connection di dalam bilik dan setelah seharian kepenatan di fyp lab maka aku tertidur awal selepas insyak dan bangun seawal 345pagi dan terus memikirkan penyelesaian kepada masalah ovirt dan server seawal waktu itu. Aku tidak sedar dan tak terfikir yang lain selain mencari solusi kepada fyp ini. Aku menghantar mesej di fb dan aku kira ia tidak menganggu pihak yang dihantar tapi tafsiran aku salah dan menyebabkan aku ditegur. Pengalaman!


Pengalaman termenung dan merayau disekitar bangunan KICT dan memikirkan mana-mana lecturer yang boleh membantu mendengar cuma sudah cukup bagi aku untuk aku cari solusi fyp itu. Alhamdulillah madam azian antara lecturer yang sudi menjadi pendengar.


Pengalaman pagi-pagi keluar berjoging sambil memikirkan solusi fyp.

Pengalaman bangun awal pagi dan menangis kepenatan setelah aku merasakan semua solusi sedaya mungkin aku cuba dan tidak menjadi.

Pengalaman ketika berada dalam bilik server yang sejuk.

Itu semua pengalaman dan itulah kenangan yang buatkan aku sayang pada hasil ciptaan ini. Seperti sang kekasih pada aku.

Suatu perasaan pilu bagi aku untuk meninggalkan kuliyyah yang selama 4 tahun ini. Walau aku merasakan tidak terlalu banyak peformance tapi ia kenangan yang mengajar banyak perkara. Yang samaada mematangkan mahupun ada ketikanya ia sebuah masa yang berlalu kosong.




No comments: