Friday, August 1, 2014

Diari Cuti Halimaton: Syawal kini

bismillah....

Alhamdulillah sebab sampai saat ini dapat meneruskan kehidupan...Alhamdulillah sampai saat ini masih bernafas...

Alhamdulillah akhirnya diri ini berpeluang dan berkesempatan untuk mencoret diari cuti ini selama hampir seminggu aku kira diari ini menyepi atas sebab kesibukan meniti detik-detik akhir Ramadhan bagi 1435Hijrah seterusnya menyambut Syawal dengan kemenangan seadanya...

Alhamdulillah atas segala nikmat itu..

Esok akan berakhir cuti bagi adik yang tengah dan akan menghantar dia untuk balik meneruskan kehidupan sebagai pelajar asrama seperti biasa. Do well in your study bro!

Alhamdulillah kali ini kami dapat beraya bersama saudara dari Sg.Buloh seperti jua tahun-tahun sebelumnya..dan Alhamdulillah juga bapak saudara dari Kuala LUmpur yang merupakan Pak Long aku berkesempatan solat sunat aidilfitri di Masjid Wang Tepus.

Hari ini dalam beberapa jam lagi akan masuk syawal ke 6...InsyaAllah esok akan mula berpuasa 6.

Tak banyak nak diceritakan sebab perayaan disambut seperti biasa sahaja.

Alhamdulillah juga kali ini tak ada soalan yang sensetif semasa aku mengikut emak dan abah beraya.

Mungkin ini kali aku beraya dengan banyak cutinya, tahun depan aku harap aku mampu hulur duit raya buah sepupu yang kecik2 dan buah anak-anak cousin.InsyaALLAH.


Aku masih berbaki cuti selama kurang lebih satu bulan lagi.YOSH!