Wednesday, July 23, 2014

Diari Cuti Halimaton: Dimana DIA dihatiku?

Dimana DIA dihatiku...

Sebuah buku tulisan Ustaz Pahroi Md Juoi.

Buku ustaz Pahroi ini memberi kata-kata semangat yang aku kira menjadi penawar buat hati aku yang tak bisa mencari titik keluar dari dugaan bulan puasa awal-awal Ramadhan yang lalu.

Ada kata-kata dalam buku ini buat aku terhenti dan berfikir sejenak sebelum meneruskan lagi bacaan aku..

Aku kira aku tak mampu nak habiskan bacaan buku ini dalam masa yang terdekat kerana aku merasakan biarlah ia menjadi bacaan santai bagi aku setiap malam dan pada setiap masa apabila hati ini ditimpa resah.

Aku sendiri yang beli buku ini dengan vaucher dan rupanya buku ini berguna buat diriku.

-Senyum-







(Monolog)

aku...kononya ingin menjadi GEEK...
aku...tapi engkau lupa jiwa dan hati engkau...
aku...jiwa dan hati tertarik dengan buku....
aku...buku yang berjiwa dan berseni dalam kata...
aku..kerana disitu kau membina kekuatan..
aku...ingat! tak perlu menjadi orang lain..
aku...jadilah diri sendiri dan sedarlah akan kekuatan dan kekurangan..

aku...si penggembara kehidupan...

:)

No comments: