Wednesday, July 23, 2014

Diari Cuti Halimaton: Amalan



sepatutnya  diari ini dari awal lagi aku patut nukilkan bermula dari awal aku cuti sem, tapi akan sifat yang terlalu rajin inilah , hari ini aku mendapat hidayah untuk menulis. Aku ingin buat catatan ini , walaupun ia hanya sekadar catatan biasa tapi ini mungkin bakal menjadi kenang-kenangan untuk aku di masa depan.


Cerita hari ini, aku mengikut emak ke pasar menghantar biskut raya dan pulangnya dari pasar kami singgah di rumah cik tee(jiran kami aka tukang modified baju2 raya kami), tangannya patah akibat tertido masa menunggang  motor semasa pulang dari hantar anaknya..(haila...sampaikan tertido disebabkan malamnya berjaga menjahit baju..) -inilah kekuatan seorang wanita-

kemudian melawat tok senah (jiran aka bekas pembuat kuih di kedai mak dolu2) ..ini biasalah sakit-sakit tua, katanya melibatkan jantung.


Bila melawat orang sakit terdetik dalam hati aku (andainya mereka diperkenalkan dengan herbalife? adakah keadaan mereka seperti ini?)

Akan tetapi tak semua masalah kesihatan mampu disolusikan dengan herbalife.

Cerita emak pada aku akan kagumnya melihat Tok Wan Asmaa yang masih sihat dengan keadaan mata yang masih jelas walaupun umornya sudah mencecah angka 100. Ini kehebatan amalan ayat Al-Quran.
Terbukti ayat Al-Quran yang menjadi amalan Tok Wan yang menyebabkan taraf kesihatannya sebaik itu.

Dan petang tadi masa aku berFacebooking ada notifikasi dari Ustaz Abdullah Al-Amin tentang surah Al-Kahfi dan Yaasin yang mempu menjadi ubat kesedihan buat mereka-mereka yang berada dalam kesedihan.




No comments: