Tuesday, July 22, 2014

Diari Cuti Halimaton: Demi masa.

seandainya aku sedar bahawa masa lapang itu ada nilai yang tak mampu ditolak banding bahagi dengan nilai duit.

keciwa!

hari ini rasa hati sedikit gusar apabila memikirkan keewangan yang mana nilai yang masuk melebihi nilai yang keluar. Gusar.


tarik nafas dalam-dalam , dan tenang!

Tuhan bersumpah dengan masa dalam Al-Quran surah Al-Asr'

Demi Masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dalam hati ini ada sedikit kegusaran memikirkan rasa hati yang ingin keluar bekerja dan mencari duit.

Dan ada juga kata hati yang sedang berbisik-bisik kepada diri sendiri yang "apakah aku mampu bekerja dan adakah berbaloi masa yang dilaburkan di tempat kerja nanti setimpal dengan apa yang aku sudah rancang sebelum aku memasuki fasa cuti panjang ini..."


Monolog aku pada diri, rasa hati ini akan selalu ada kerana aku ini manusia yang tak mampu nak bersyukur seadanya dengan nikmat Tuhan.

Mohon diri ini menghargai sangat masa yang ada....
Mohon diri ini menghargai masa yang ada dengan pengisian ilmu...
Mohon diri ini tunaikan janji untuk menambahkan kemahiran dalam bidang IT...
Mohon diri ini sedar ...
Mohon diri ini bersyukur seadanya...


-Dari dirimu-

Pengganggur berilmiah.




No comments: