Monday, August 4, 2014

Diari Ubuntu saya!: Menyelenggara java

seminggu selepas memasang sistem operasi ubuntu ada satu laman web iaitu laman web www.keepvid.com tak boleh dilancarkan atas alasan tiada plug-in java dalam sistem ini.

Maka aku pun meng"google" cara-cara yang sesuai untuk memasang java versi terkini dalam laptop aku.


Hampir 2 kali percubaan dan kali kedua barulah keberhasilan terhasil bila mana pelayar firefox membenarkan aku memuat turun video menggunakan laman www.keepvid.com.

Akan tetapi pelayar chromium tidak membenarkan aku memuat turun video menggunakan laman itu kerana alasan java tidak dipasang sedangkan bila aku check versi java menggunakan terminal ternyata telah ada java dalam komputer ini.



(Ini membuatkan aku tidak faham). Aku cuba mengedit tetapan untuk pelayar chromium supaya membenarkan java tetapi perkara yang sama tetap berlaku.


Cubaan memuat turun melalui pelayar firefox

Cubaan memuat turun melalui pelayar chromium


Aku mengambil jalan untuk tidak peduli dengan hal chromium kerana terdapat alternatif pelayar firefox yang membolehkan aku memuat turun video menggunakan laman itu.

Mengesahkan versi java dalam pelayar firefox

Mengesahkan versi java dalam pelayar chromium