Friday, August 8, 2014

Diari UBuntu saya! : Menulis kod C dalam UBuntu menggunakan Terminal.

Kod C atau bahasa C merupakan asas pembelajaran kepada semua bahasa-bahasa pengatucaraan.

Di sini aku ingin menulis cara-cara bagaimana menulis bahasa C menggunakan sistem operasi UBuntu.


Sangat mudah dengan menggunakan tutorial ini :

Langkah-langkahnya

1 - Buka terminal (Ctrl + Alt + T)

2- Anda perlu memuat turun build essential package dengan menaip
sudo apt-get install build-essential

Tunggu sehingga muat turun selesai. Muat turun akan mengambil beberapa minit bergantung kepada tahap kelajuan internet anda.

3- Buka kod editor gedit dengan menaip
gedit prog1.c

4- Tulis kod dalam editor
contoh kod :


#include<stdio.h>
int main(){ printf("\nThis is C Programming in Ubuntu\n\n"); return 0;}

5 - Simpan kod dan tutup editor.

6 - Untuk "compile" program anda perlu menaip
gcc prog1.c -o prog1

7- Jika tiada sebarang kesilapan kod, maka kod akan di "compile" tanpa mengeluarkan sebarang mesej kesilapan.

8 - "Run" kod dengan menaip
./prog1

Kemudian anda akan dapat hasilnya seperti berikut:

* masih tidak pandai mahu edit gambar dalam ubuntu.





No comments: