Saturday, August 16, 2014

Diari Ubuntu saya! : Memahami direktori fail dalam sistem LInux (part 1)


Semester yang lepas belajar computer forensic. Jadinya terdapat juga silibus tentang Unix File System.

Hari ini rasa ingin menulis dan menghuraikan tentang sistem direktori Sistem Operasi Linux.

1. /  Root directory
- secara umumnya semua kandungan sistem operasi linux terdapat dalam (/) root directory.
- boleh disamakan dengan C:\Window (perbezaannya hanya sistem operasi window menggunakan huruf sebagai indikator kepada sesuatu partition.)
- selain itu, window mempunyai partition lain seperti D:\
- partition lain bagi linux terdapat dalam folder (/) root directory.

2. /bin  Essential user binaries
- direktori ini mempunyai keperluan penting bagi pengguna
- contohnya : pelayar firefox tersimpan dalam /usr/bin
- bagi program-program lain yang penting tersimpan dalam fail /bin

3. /boot  Static boot files
- direktori ini mempunyai fail yang diperlukan untuk boot sistem (pada awal PC/laptop dihidupkan)
- contohnya : GRUB menu.

4. /cdrom Historical mount Point for CD-ROMS

5. /dev
- direktori ini mengandungi fail-fail yang mewakili driver sesebuah komputer
- contohnya : /dev/sda - First SATA drive in the system.

6. /etc Configuration files
- Direktori yang mempuyai fail untuk dikonfigurasi dan boleh diedit menggunakan text editor.

7. /home Home Folders
- direktori ini mempunyai folder home bagi setiap pengguna
- juga terdapat fail data pengguna

8. /lib Essential shared libraries

9. /lost+found
- Direktori ini mengandungi fail pulih (baca : recovered file)
- juga terkandung fail-fail yang rosak.

10. /media Removable media
- mengandungi subdirektori dimana alat media tanggal (baca: removable media) dimasukkan kedalam sistem operasi komputer


Terdapat banyak lagi penerangan direktori fail yang perlu difahami tapi buat masa ini , ini sahaja yang dapat ditulis.


See next !

:)

No comments: