Aku memang selalu akan ada rasa sunyi setiap kali pulang ke rumah, sunyi dalam erti kata jiwa ini mahu keluar mencari sesuatu aktiviti di luar dan bukan berada di rumah. Tak mengapa mungkin masanya belum tiba.
Membaca artikel-artikel di laman sosial dan artikel yang mudah didapati di internet sememangnya antara kegemaran dan perkara paling mudah dan senang bagi aku.
SYUKUR! aku ada kemudahan wi-fi di rumah yang sepatutnya aku manfaatkan.
Sepatutnya cuti sebeginilah untuk aku keluar mengembara ataupun backpackers. Tapi semua itu tak mampu lagi nak dicapai buat masa ini. Tidak mengapa. Teruskan dulu mencari ilmu.
Disini aku terbaca satu artikel yang menarik iaitu Tips berjimat untuk travel.
Aku harap sekurang-kurangnya tips ini dapat membantu aku membuat persiapan untuk travel di masa akan datang. InsyaAllah. Aku nak mencari "teman" dahulu sebelum itu.
:)
No comments:
Post a Comment