Wednesday, January 14, 2015

Surat untuk aku: Sebelum bertunang (1)

Dalam post yang lepas aku berkongsi tentang soalan buat bakal suamiku. 10 soalan yang bakal ditanya kepada bakal suami aku nanti.

Okay sebelum aku memberi soalan itu kepada bakal imamku, aku sendiri perlu brainstorm sendiri semua soalan-soalan itu untuk diri aku sendiri.


Soalan pertama: Apakah wawasan hidupnya?

Semalam sebelum aku tertidur aku tertanya apakah wawasan hidup aku sendiri?

Wawasan itu aku definisikan sebagai matlamat. Apa yang ingin aku cari dalam kehidupan aku.

Bagi aku mudah saja, wawasan aku untuk mencapai redha Allah dalam apa jua yang aku buat samada dalam pelajaran, menjadi anak , mahupun menjadi hamba Allah. Segala pekerjaan yang dibuat itu aku cuba untuk lakukan dengan penuh ihsan. Mencapai far excellent.

Itu sahaja wawasan aku yang aku tetapkan pada diri sendiri. Ringkas ditulis tapi apa-apapun ia perlu sentiasa di muhasabah supaya aku ingat dan ingat dan ingat.


Manusia itu sifatnya pelupa!



Kepada kamu bakal imamku , ini sahaja wawasan hidup aku.


Aku menanti jawapan dari kamu juga bakal imamku. :)



No comments: