Tuesday, January 13, 2015

Flashback FYP: Install Debian pun bermasalah

Aku jujur cakap kalau bab-bab installation aku lebih suka click next-next tapi apakan daya aku terpaksa memikirkan nilai-nilai saiz partition dan aku menjadi lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang dibuat.

Cemas , kalut dan gementar , semua perasaan ini saling bercampur-aduk. Panik juga! Jadi aku dan syifa dengan happynya pergi berjumpa sir untuk minta pertolongan. Okay aku kira ini sesi untuk membuat diri seronok dan tunjuk hasil kerja yang separa jaya kepada sir walaupun installation Debian tak sepenuhnya.
Haha! Puas walaupun sedikit kejayaan aku kira.
Rupa-rupa installation debian bukanlah sesusah yang dijangka, kadang-kadang ikut logik atau erti kata lain juga "ikut suka" , buat dulu baru tahu apa implikasinya di kemudian waktu. Ternyata! dalam kekalutan dan ketika saat dah siap installation process kemudian boleh pulak tersilap passwords.Haila!
Keyboards aku sebenarnya bertukar versi , itu yang menyebabkan tersalah password.


Selepas keberjayaan kami menjalankan virtual machine Debian yang pertama ini, seingat aku petang itu jugak dengan tiba-tibanya apabila di tutup vm tersebut dan ia tak mampu nak bangun kembali disebabkan masalah size yang tidak mencukupi. Menangis aku waktu ini, bayangkanlah selama lebih kurang 3minggu stuck dan setengah hari sahaja sistem boleh jalan dan setengah hari berikutnya sistem tak mampu nak berjalan seperti yang diinginkan. Nokharom sungguh! Stress aku waktu itu! Menangis tanpa suara.





No comments: